Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Pemakanan Betul Elak Perut Buncit




Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis. Caranya adalah:

•Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.


•MInum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.


•Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.


•Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.


•Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang terkumpul pada perut anda.


•Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

Wednesday, May 5, 2010

Tanda-tanda Jangkitan Virus

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

-PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
-Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak -dibuka menjadi terlalu perlahan.
-Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
-Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
-Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
-Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
-Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
-Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
-Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
-Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
-Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
-Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
-Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
-Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
-Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
-Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
-Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
-Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
-Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
-Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
-Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
-Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
-Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

p/s : aku rase laptop aku pn ad tanda2 nye..hihihi..korang bagaimane??


Halwa Telinga