Wednesday, May 5, 2010

Tanda-tanda Jangkitan Virus

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

-PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
-Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak -dibuka menjadi terlalu perlahan.
-Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
-Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
-Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
-Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
-Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
-Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
-Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
-Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
-Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
-Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
-Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
-Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
-Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
-Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
-Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
-Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
-Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
-Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
-Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
-Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
-Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

p/s : aku rase laptop aku pn ad tanda2 nye..hihihi..korang bagaimane??

No comments:

Post a Comment


Halwa Telinga